STRUKTUR ORGANISASI BADAR

 

Secara amnya BADAR mempunyai struktur organisasinya yang tersendiri. BADAR dinaungi oleh tuan pengetua sendiri, iaitu ustaz Haji Ahmad bin Ismail,

Presiden

i. Pemegang dasar dan perlembagaan Badan Dakwah dan Rohani.
ii. Mempengerusikan mesyuarat exco.
iii. Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran gerakan dan kegiatan BADAR bagi mencapai tujuan yang termaktub dalam perlembagaan.
iv. Mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman, dam    kesungguhan Ahli Jawatankuasa Badan Dakwah dan Rohani (ajk BADAR).
v. Menjalankan urusan dengan pentadbir kolej dan guru-guru penasihat.

Timbalan Presiden I

i. Menjalankan tugas-tugas presiden ketika ketiadaan atau arahan presiden.
ii. Pengerusi Jawatankuasa Ahli Lembaga Tatatertib AJK BADAR.
iii. Bertanggungjawab menerima laporan daripada Exco Khas III putera.
iv. Bertanggungjawab terhadap kumpulan Soutul Mujahidin.
v. Bertanggungjawab terhadap penerangan dan publisiti pihak BADAR.

Timbalan Presiden II (HAWA)

i. Menjalankan tugas pengerusi bagi pihak puteri.
ii. Mengawal segala program yang berkaitan dengan pihak puteri.
iii. Mempengerusikan mesyuarat di antara exco-exco puteri.
iv. Mengambil apa-apa sahaja langkah untuk menjaga perpaduan, persefahaman, dan     kesungguhan AJK puteri khasnya.
v. Menjalankan urusan dengan pentadbir kolej bagi pihak puteri.

Setiausaha Agong

i. Menyelaras aktiviti-aktiviti biro dengan nasihat presiden.
ii. Merancang taqwim tahunan BADAR.
iii. Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat atas arahan Presiden atau Guru Penasihat.
iv. Memanggil mesyuarat AJK BADAR.
v. Menghadiri mesyuarat biro-biro bagi pihak presiden BADAR.
vi. Bertanggungjawab melaporkan kepada Presiden segala tindakan dan aktiviti yang    dijalankan.
vii. Pemegang cop rasmi.
viii. Bertanggungjawab dalam penyusunan AJK biro.
ix. Menyediakan penyata dan laporan tahunan BADAR bagi tujuan muktamar dan mesyuarat   exco serta guru penasihat.
x. Menyemak fail dan menerima laporan biro-biro setiap bulan.
xi. Bertanggungjawab menerima laporan Tanzim Nuqaba’ daripada Exco Khas I putera.
 

Timbalan Setiausaha Agong I

i. Membantu segala tugas Setiausaha Agong.
ii. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar.
iii. Bertanggungjawab secara khusus terhadap Exco Khas.
iv. Menyelia program (agenda) bacaan Al-Quran dan Tafsir semasa perhimpunan mingguan   dan perhimpunan khas.
v. Bertindak sebagai Pegawai Protokol bagi majlis-majlis rasmi BADAR.
vi. Bertanggungjawab menerima laporan hubungan luar daripada Exco Khas Putera.

Timbalan Setiausaha AGONG II (HAWA)

i. Menyelaras aktiviti-aktiviti biro dalam HAWA dengan Timbalan Presiden II (HAWA).
ii. Merancang Taqwim tahunan BADAR puteri (HAWA).
iii. Memanggil mesyuarat AJK BADAR puteri.
iv. Menghadiri mesyuarat biro-biro dalam HAWA bagi pihak Timbalan Presiden II (HAWA).
v. Bertanggungjawab melaporkan kepada Timbalan Presiden II (HAWA) segala tindakan    dan aktiviti yang dijalankan oleh HAWA.
vi. Bertanggungjawab dalam penyusunan AJK biro BADAR.
vii. Menyediakan penyata dan laporan tahunan BADAR puteri bagi laporan muktamar dan   mesyuarat Exco serta guru penasihat.
viii. Menyemak fail dan menerima laporan biro-biro dalam HAWA setiap bulan.

Bendahari

i. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan.
ii. Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kewangan persatuan.
iii. Bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan tahunan untuk pemeriksaan audit.
iv. Membentang penyata kewangan semasa Muktamar Sanawi.
v. Menyediakan rancangan-rancangan untuk mengukuhkan kewangan dan bertanggungjawab   untuk melaksanakannya.
vi. Bertanggungjawab mengawasi perjalanan Biro Ekonomi yang menguruskan Bilik BADAR.
vii. Bertanggungjawab atas segala perbendaharaan BADAR.

Exco Biro

i. Menyelaraskan aktiviti biro.
ii. Mempengerusikan mesyuarat biro.
iii. Melaporkan kegiatan aktiviti biro kepada Setiausaha Agong.
iv. Menasihati Setiausaha Biro dalam merancang aktiviti.
v. Memanggil mesyuarat AJK Biro pada bila-bila masa.

Timbalan Exco (HAWA)

i. Menyelaraskan aktiviti biro di pihak puteri.
ii. Melaporkan kegiatan aktiviti kepada Timbalan Setiausaha II (HAWA) dan Exco Biro.
iii. Mempengerusikan mesyuarat biro bagi pihak puteri.
iv. Membantu dalam merancang aktiviti biro secara umum.
v. Mengeluarkan arahan-arahan dan tugasan kepada AJK Biro puteri.

Setiausaha Biro

i. Mencatatkan minit mesyuarat biro.
ii. Menyediakan laporan kegiatan aktiviti biro.
iii. Menyediakan penyata kewangan dan belanjawan biro.
iv. Merancangkan aktiviti-aktiviti biro dengan nasihat daripada Exco Biro.
v. Mengemukakan arahan dan tugasan kepada AJK Biro pada bila-bila masa.

Timbalan Setiausaha Biro (HAWA)

i. Membantu segala tugas setiausaha biro.
ii. Menyediakan laporan kegiatan aktiviti biro di asrama puteri.
iii. Merancangkan aktiviti-aktiviti biro terutamanya di asrama puteri dengan nasihat daripada   Exco Biro. iv. Mengemukakan arahan dan tugasan kepada AJK Biro puteri pada bila-bila masa.

Exco Khas I

i. Ketua Jabatan Nuqaba’ dan AJK BADAR.
ii. Bertanggungjawab ke atas perjalanan Tanzim Nuqaba’.
iii. AJK Lembaga Tatatertib.
iv. Pengerusi setiap perjumpaan dan mesyuarat Tanzim Nuqaba’
v. Bertanggungjawab melaporkan kegiatan dan perjalanan Tanzim Nuqaba’ ke atas     Setiausaha Agong.

Exco Khas II

i. Bertanggungjawab sepenuhnya atas segala urusan hubungan luar BADAR.
ii. Bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Setiausaha I BADAR.
iii. Membantu Exco Khas I dalam Tanzim Nuqaba’

Exco Khas III

i. Bertanggungjawab terhadap perjalanan pentarbiyahan pelajar.
ii. Bertanggungjawab secara langsung terhadap Timbalan Presiden I.
iii. Membantu Exco Khas I dan II dalam Tanzim Nuqaba’

Exco Khas IV (HAWA)

i. Ketua naqibat dan AJK BADAR.
ii. Bertanggungjawab ke atas perjalanan tarbiyah di asrama puteri.
iii. Bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Presiden II.

Exco Khas V (HAWA)

i. Bertanggungjawab terhadap hubungan luar bagi puteri.
ii. Bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Setiausaha II.

  Kembali ke halaman utama BADAR