Make your own free website on Tripod.com

*LISANUL HAKIM*

UCAPAN PRESIDEN BADAR SESSI 1998/1999

    Assalamulaikum warahmatullah wabarakatuh,

    Alhamdulillah, jambangan kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah subhanahu wa taala yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam diutuskan buat junjungan agung Muhammad al-Amin Rasulullah s.a.w serta ahli kerabatnya, para sahabatnya, para tabiin dan pengikut mereka, barisan salafussoleh yang agung, para du'at awwalin, ulama' mujtahidin serta mereka yang mengikut jejak langkah mereka sehingga Hari Pembalasan.

   Ana mengucapkan terima kasih kepada tenaga-tenaga penggerak yang telah bertungkus-lumus berusaha sehingga terhasilnya Homepage Badan Dakwah dan Rohani, Kolej Islam Sultan Alam Shah ini.Pembikinan homepage ini telah membuktikan keupayaan pemuda-pemudi dakwah menguasai ilmu teknologi maklumat selaras dengan perkembangan zaman mutakhir kini sekaligus menangkis segala fitnah dan tohmahan yang melabelkan perjuangan Islam sebagai jumud, anti-modenisasi dan ketinggalan zaman.Semoga usaha kita ini merupakan noktah bidayah untuk melahirkan generasi daie yang memiliki kemahiran dan pengetahuan umum yang menyeluruh meliputi pelbagai bidang kehidupan.  

Ikhwah dan akhawat yang dihormati,

    Fikrah Islamiyyah menunggu tanggungjawab daripada kita selaku insan yang dikurniakan aqal dan fursah menuntut ilmu yang pelbagai. Lantaran itu, peribadi pelajar muslim harus menyemarakkan langkahnya dalam detik yang terawal untuk mempersiapkan diri dan menyediakan bekalan yang secukupnya untuk perjalanan yang amat panjang ini. Sesungguhnya perjalanan ke akhirat ini memerlukan pengorbanan yang tinggi dan taqwa yang jitu. Justeru adalah amat berbahaya untuk kita menumpang pada bekalan orang lain atau menyediakan bekalan yang terlalu sedikit. Masa yang ada tidak harus dipersiakan bahkan tindakan mesti dilaksanakan saat ini jua.

under construction

|Halaman Utama|