Secara amnya BADAR mempunyai struktur organisasinya yang tersendiri. BADAR dinaungi oleh tuan pengetua sendiri, iaitu ustaz Haji Ahmad bin Ismail,
Presiden
i. Pemegang
dasar dan perlembagaan Badan Dakwah dan Rohani.
ii. Mempengerusikan mesyuarat exco.
iii. Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran
gerakan dan kegiatan BADAR bagi mencapai tujuan yang
termaktub dalam perlembagaan.
iv. Mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan,
persefahaman, dam kesungguhan Ahli Jawatankuasa
Badan Dakwah dan Rohani (ajk BADAR).
v. Menjalankan urusan dengan pentadbir kolej dan guru-guru
penasihat.
Timbalan Presiden I
i. Menjalankan
tugas-tugas presiden ketika ketiadaan atau arahan presiden.
ii. Pengerusi Jawatankuasa Ahli Lembaga Tatatertib AJK BADAR.
iii. Bertanggungjawab menerima laporan daripada Exco Khas III
putera.
iv. Bertanggungjawab terhadap kumpulan Soutul Mujahidin.
v. Bertanggungjawab terhadap penerangan dan publisiti pihak
BADAR.
Timbalan Presiden II (HAWA)
i. Menjalankan
tugas pengerusi bagi pihak puteri.
ii. Mengawal segala program yang berkaitan dengan pihak puteri.
iii. Mempengerusikan mesyuarat di antara exco-exco puteri.
iv. Mengambil apa-apa sahaja langkah untuk menjaga perpaduan,
persefahaman, dan kesungguhan AJK puteri
khasnya.
v. Menjalankan urusan dengan pentadbir kolej bagi pihak puteri.
Setiausaha Agong
i. Menyelaras
aktiviti-aktiviti biro dengan nasihat presiden.
ii. Merancang taqwim tahunan BADAR.
iii. Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat atas arahan Presiden
atau Guru Penasihat.
iv. Memanggil mesyuarat AJK BADAR.
v. Menghadiri mesyuarat biro-biro bagi pihak presiden BADAR.
vi. Bertanggungjawab melaporkan kepada Presiden segala tindakan
dan aktiviti yang dijalankan.
vii. Pemegang cop rasmi.
viii. Bertanggungjawab dalam penyusunan AJK biro.
ix. Menyediakan penyata dan laporan tahunan BADAR bagi tujuan
muktamar dan mesyuarat exco serta guru penasihat.
x. Menyemak fail dan menerima laporan biro-biro setiap bulan.
xi. Bertanggungjawab menerima laporan Tanzim Nuqaba
daripada Exco Khas I putera.
Timbalan Setiausaha Agong I
i. Membantu
segala tugas Setiausaha Agong.
ii. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar.
iii. Bertanggungjawab secara khusus terhadap Exco Khas.
iv. Menyelia program (agenda) bacaan Al-Quran dan Tafsir semasa
perhimpunan mingguan dan perhimpunan khas.
v. Bertindak sebagai Pegawai Protokol bagi majlis-majlis rasmi
BADAR.
vi. Bertanggungjawab menerima laporan hubungan luar daripada Exco
Khas Putera.
Timbalan Setiausaha AGONG II (HAWA)
i. Menyelaras
aktiviti-aktiviti biro dalam HAWA dengan Timbalan Presiden II
(HAWA).
ii. Merancang Taqwim tahunan BADAR puteri (HAWA).
iii. Memanggil mesyuarat AJK BADAR puteri.
iv. Menghadiri mesyuarat biro-biro dalam HAWA bagi pihak Timbalan
Presiden II (HAWA).
v. Bertanggungjawab melaporkan kepada Timbalan Presiden II (HAWA)
segala tindakan dan aktiviti yang dijalankan
oleh HAWA.
vi. Bertanggungjawab dalam penyusunan AJK biro BADAR.
vii. Menyediakan penyata dan laporan tahunan BADAR puteri bagi
laporan muktamar dan mesyuarat Exco serta guru
penasihat.
viii. Menyemak fail dan menerima laporan biro-biro dalam HAWA
setiap bulan.
Bendahari
i. Menyediakan
anggaran belanjawan tahunan.
ii. Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kewangan persatuan.
iii. Bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan tahunan untuk
pemeriksaan audit.
iv. Membentang penyata kewangan semasa Muktamar Sanawi.
v. Menyediakan rancangan-rancangan untuk mengukuhkan kewangan dan
bertanggungjawab untuk melaksanakannya.
vi. Bertanggungjawab mengawasi perjalanan Biro Ekonomi yang
menguruskan Bilik BADAR.
vii. Bertanggungjawab atas segala perbendaharaan BADAR.
Exco Biro
i.
Menyelaraskan aktiviti biro.
ii. Mempengerusikan mesyuarat biro.
iii. Melaporkan kegiatan aktiviti biro kepada Setiausaha Agong.
iv. Menasihati Setiausaha Biro dalam merancang aktiviti.
v. Memanggil mesyuarat AJK Biro pada bila-bila masa.
Timbalan Exco (HAWA)
i.
Menyelaraskan aktiviti biro di pihak puteri.
ii. Melaporkan kegiatan aktiviti kepada Timbalan Setiausaha II
(HAWA) dan Exco Biro.
iii. Mempengerusikan mesyuarat biro bagi pihak puteri.
iv. Membantu dalam merancang aktiviti biro secara umum.
v. Mengeluarkan arahan-arahan dan tugasan kepada AJK Biro puteri.
Setiausaha Biro
i. Mencatatkan
minit mesyuarat biro.
ii. Menyediakan laporan kegiatan aktiviti biro.
iii. Menyediakan penyata kewangan dan belanjawan biro.
iv. Merancangkan aktiviti-aktiviti biro dengan nasihat daripada
Exco Biro.
v. Mengemukakan arahan dan tugasan kepada AJK Biro pada bila-bila
masa.
Timbalan Setiausaha Biro (HAWA)
i. Membantu
segala tugas setiausaha biro.
ii. Menyediakan laporan kegiatan aktiviti biro di asrama puteri.
iii. Merancangkan aktiviti-aktiviti biro terutamanya di asrama
puteri dengan nasihat daripada Exco Biro. iv.
Mengemukakan arahan dan tugasan kepada AJK Biro puteri pada
bila-bila masa.
Exco Khas I
i. Ketua
Jabatan Nuqaba dan AJK BADAR.
ii. Bertanggungjawab ke atas perjalanan Tanzim Nuqaba.
iii. AJK Lembaga Tatatertib.
iv. Pengerusi setiap perjumpaan dan mesyuarat Tanzim Nuqaba
v. Bertanggungjawab melaporkan kegiatan dan perjalanan Tanzim
Nuqaba ke atas Setiausaha Agong.
Exco Khas II
i.
Bertanggungjawab sepenuhnya atas segala urusan hubungan luar
BADAR.
ii. Bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Setiausaha I
BADAR.
iii. Membantu Exco Khas I dalam Tanzim Nuqaba
Exco Khas III
i.
Bertanggungjawab terhadap perjalanan pentarbiyahan pelajar.
ii. Bertanggungjawab secara langsung terhadap Timbalan Presiden
I.
iii. Membantu Exco Khas I dan II dalam Tanzim Nuqaba
Exco Khas IV (HAWA)
i. Ketua
naqibat dan AJK BADAR.
ii. Bertanggungjawab ke atas perjalanan tarbiyah di asrama
puteri.
iii. Bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Presiden
II.
Exco Khas V (HAWA)
i.
Bertanggungjawab terhadap hubungan luar bagi puteri.
ii. Bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Setiausaha
II.