DASAR PENUBUHAN BADAR

 

MUQADDIMAH (PENGENALAN)

Badan Dakwah dan Rohani atau ringkasnya BADAR merupakan “Badan Induk” bagi persatuan-persatuan di kolej ini. Ia merupakan wadah kegiatan pelajar yang menjadi pembantu utama kepada pentadbir kolej bagi memastikan bahawa semua kegiatan-kegiatan pelajar sejajar dengan matlamat dan falsafah pendidikan Kolej Islam Sultan Alam Shah.

BAB PERTAMA

FASAL 1   Nama persatuan ini ialah:

Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)

FASAL 2   Alamat pejabat:
   

    Badan Dakwah dan Rohani,
    Kolej Islam Sultan Alam Shah,
    Peti Surat 64,
    41906 Klang,
    Selangor Darul Ehsan.
 

BAB KEDUA

FASAL 3   Dasar persatuan ini ialah Islam

FASAL 4   Seruan persatuan : ‘Amal Maaruf dan Nahi Mungkar’

FASAL 5   Tema persatuan: (Berubah mengikut ucapan dasar presiden.[Setiap tahun])
 

BAB TIGA

FASAL 6   Objektif persatuan ini ialah:

i) Melahirkan angkatan pelajar muslim yang memahami konsep Islam yang sebenarnya, merangkumi kehidupan duniawi dan ukhrawi         berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

 
ii)  Memupuk semangat dan kesedaran berdakwah serta peningkatan qualitinya sehingga lahir satu angkatan pelajar yang berjiwa pendakwah dan sanggup menghadapi cabaran zaman.

iii)Melahirkan satu generasi pelajar yang benar-benar sihat pemikirannya, rohaninya, dan       jasmaninya. Angkatan pelajar yang menitik beratkan semua aspek ilmu pengetahuan serta aktif, positif dan matang dalam tindak tanduk yang bersesuaian terhadap ilmu masyarakat, bangsa, agama serta negara.

iv)  Mendokong falsafah serta matlamat pendidikan KISAS
a.  Memajukan pelajaran agama dan bahasa arab yang sangat diperlukan oleh masyarakat kita dewasa ini sebagai usaha untuk menyediakan     benteng bagi memelihara aqidah dan syariah Islam.
b. Mendidik pelajar bersifat taqwa, berakhlak dan berkeperibadian Islam yang sejati dan berjiwa pendakwah yang sanggup menghadapi cabaran zaman.
c.  Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah yang merangkumi semua aspek kehidupan.
d. Melahirkan generasi Islam yang berdisplin, dedikasi, muhibbah, harmoni, dan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam.
e. Menyahut tuntutan masyarakat Islam supaya SMABP setaraf dengan SBP lain.
f.  Untuk memberi latihan kepimpinan dan kemasyarakatan berorentasikan Islam.
g. Untuk mengintegrasikan pelajaran agama Islam dan akademik bagi mewujudkan generasi yang lengkap dengan kedua-dua bidang.

FASAL 7   Aktiviti persatuan:

i)  Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan Sunnah Rasul melalui dakwah lisan, tulisan dan amalan.
ii)  Memperjuangkan dinul-Islam sebagai aqidah dan syariah serta menegakkan keadilan di kolej  ini.
iii)  Memupuk serta memperkuatkan ukhuwwah Islamiyyah dikalangan warga kolej.
iv)  Memelihara biah-solehah dan hijab seperti yang diamanahkan oleh para ulama’ yang  mengasaskan penubuhan kolej.
v)  Menyediakan serta mengeluarkan risalah penerangan bagi memberi kesedaran Islam kepada warga kolej.
vi)  Bekerjasama dengan pihak pentadbir untuk menjalankan tarbiah di Kolej Islam.
vii) Memperjuangkan kebudayaan Islam dan menolak kebudayaan barat.
viii)Berusaha memperkembangkan bahasa Arab disamping penggunaan bahasa Inggeris sebagai  mempertingkatkan keupayaan ahli dalam mencari ilmu pengetahuan di peringkat yang lebih tinggi.
ix)  Bekerjasama dengan pertubuhan Islam yang berdaftar di negara ini dalam usaha mendakwahkan  Islam dan melakukan kebajikan.
x)  Melakukan apa sahaja usaha dan tindakan untuk kebaikan warga kolej  selagi tidak menyimpang  dari batasan Islam, undang-undang, dan perlembagaan negara serta peraturan kolej.

FASAL 8   Kekuasaan BADAR ialah:

i)  Sentiasa berpandu kepada Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ Ulama’, dan Qias yang sarih sebagai sumber rujukan.
ii)  BADAR adalah badan induk kepada semua persatuan yang wujud di Kolej Islam Sultan Alam Shah dan bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak bercanggah dari syariat Islam.
 

BAB KEEMPAT

FASAL 9   Keahlian

i) Semua warga pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah secara automatik adalah ahli BADAR.

FASAL 10   Hak dan kewajipan ahli

i)  Ahli BADAR berhak menyuarakan cadangan, kritikan dan bantahan di dalam Muktamar Sanawi BADAR.
ii)  Ahli BADAR berkewajipan untuk hadir ke majlis Muktamar Sanawi BADAR.
iii)  Ahli BADAR berkewajipan untuk turut menghadiri setiap program yang dijalankan oleh BADAR.

BAB KELIMA

FASAL 11   Muktamar Agong:

i)   Dijalankan/diadakan sekali setahun pada akhir tahun bergantung kepada taqwim tahunan BADAR.
ii)   Boleh dicepatkan dengan persetujuan pihak pentadbir kolej agar tidak bertindih dengan program taqwim tahunan kolej, guru-guru penasihat BADAR dan persetujuan sekurang-kurangnya 7 AJK tertinggi BADAR.

FASAL 12   Mesyuarat Biro-biro

i)  Akan diadakan satu semesta sekali
ii)  Dihadiri oleh Guru Penasihat Biro, Setiausaha Agong, Exco Biro, dan semua AJK biro, putera dan puteri.
iii)  Membincangkan masalah-masalah keperluan serta perancangan aktiviti.

FASAL 13   Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa

a) i) Akan diadakan satu semester sekali
    ii) Dihadiri oleh Guru Penasihat Biro, Setiausaha Agong, Exco Biro, dan semua AJK biro, putera dan puteri.
    iii)  Sila rujuk FASAL 12 (iii)

b)    Perjumpaan dengan semua guru penasihat BADAR
    i)  Akan diadakan satu semesta sekali
    ii)  Dihadiri oleh exco-exco BADAR putera dan puteri.
    iii)  Sila rujuk FASAL 12 (iii)
    iv)  Korum bagi satu mesyuarat tidak kurang 2/3 bilangan exco.
    v)  Sebarang keputusan dalam mesyuarat hendaklah dipersetujui oleh 2/3 bilangan exco.

c)  Kesemua mesyuarat adalah bergantung kepada Waqi’ Taqwim kolej, BADAR dan cuti kolej.

FASAL 15   Tugas dan Kekuasaan Muktamar Sanawi

i)  Mengesahkan peringatan dan Laporan Minit Mesyuarat muktamar yang lalu.
ii)  Membentang dan menerima penyata-penyata, laporan kewangan serta aktiviti BADAR.
iii)  Memilih AJK Tertinggi seperti yang telah ditetapkan oleh perlembagaan BADAR.
iv)  Membahaskan ucapan dasar presiden.
v)  Membahaskan usul-usul dan resolusi.
vi)  Ucapan penangguhan.
vii)  Perkara-perkara lain yang berbangkit


Ke muka seterusnya|Kembali ke halaman utama BADAR